23 °c
Kuala Lumpur
Thursday, January 17, 2019

Industri Teknologi Separuh Pertama Diunjur Perlahan

Industri teknologi diunjur perlahan terutamanya pada separuh pertama 2019 diburukkan lagi oleh pelarasan inventori bagi rangkaian pembekalan berikutan jualan iPhone di Malaysia yang mengecewakan.

Menurut AllianceDBS Research, ia seiring dengan Statistik Perdagangan Semikonduktor Dunia yang menurunkan sasaran pertumbuhan bagi 2019 kepada 2.6 peratus daripada 5.2 peratus sebelumnya.

Katanya, ia berbeza dengan anggaran pertumbuhan jualan semikonduktor global pada 2018 yang dilihat mampu berkembang sebanyak 15.9 peratus.

“Pelarasan berkenaan adalah menyeluruh bukan hanya bagi cip memori seterusnya menandakan kelemahan permintaan secara meluas susulan kelembapan ekonomi global.

“Kami melihat pertumbuhan jualan semikonduktor pada 2019 akan menurun, kecuali perang perdagangan di antara Amerika Syarikat (AS) dan China reda,” katanya dalam nota penyelidikan di sini hari ini.

Walaupun Apple melaksana­kan pendekatan konservatif dalam penetapan harga bagi iPhone XS/Xr, jualan adalah kurang memberangsangkan, jatuh 20 peratus bagi tahun ke tahun pada suku keempat 2018.

Sama seperti tahun lepas, AllianceDBS menjangkakan pembetulan inventori bagi iPhone akan sekali lagi berlaku pada suku pertama hingga kedua 2019 yang akan menyebabkan nilai perolehan komponen akan merosot sehingga 30 hingga 40 peratus.

AllianceDBS berpendapat, antara ciri baharu yang diuar-uarkan kamera triple-lens rear dan kamera TrueDepth (lebih kecil atau tanpa notch) bagi iPhone akan datang pada separuh kedua 2019 mungkin belum mencukupi untuk menarik pengguna menaik taraf dan sehubungan itu memacu kitaran lebih lama untuk diganti.

“Dalam waktu terdekat, pres­tasi saham pihak terlibat dijangka kekal perlahan susulan kemunculan lebih banyak berita negatif daripada rangkaian pembekalan.

“Sebaik sahaja ini berakhir (anggaran untuk Mac-April), kami akan menjadi lebih konstruktif dan melihat kepada saham syarikat teknologi dengan pemangkin berpotensi bagi penarafan semula,” katanya.

Saham berkenaan termasuk Inari Amertron Bhd., Globetronics Technology Bhd. dan Malaysian Pacific Industries Bhd. -UTUSAN ONLINE

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.