23 °c
Kuala Lumpur
Thursday, January 17, 2019

Menteri Dalam Negeri Nafi Sekeras-kerasnya Dakwaan Ahli Parlimen Bukit Gelugor

oleh wartawan BacalahMalaysia.com

 

Nafi !

Ketegasan itu disuarakan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh berhubung dakwaan beliau telah gagal mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka semula siasatan kes kematian Teoh Beng Hock.

Beliau berkata, Kabinet telah memutuskan supaya kes terbabit dibuka semula dan mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun supaya mengambil tindakan segera berhubung keputusan tersebut menerusi Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Dalam Negeri pada 27 Jun 2018.

“Pasukan petugas khas ini telah menyiapkan kertas siasatan dan menyerahkannya kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut pada 18 Oktober 2018.

“Kenyataan saya bahawa pihak polis sedang menunggu arahan daripada Peguam Negara seperti dilaporkan media pada 25 Oktober 2018 adalah merujuk kepada arahan lanjut daripada Peguam Negara berhubung kertas siasatan yang telah diserahkan oleh pasukan petugas khas.

“Peguam Negara telah memberikan arahan tertentu kepada Pasukan Petugas Khas pada 17 Disember 2018 dan siasatan masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan menerusi akaun Facebook miliknya di sini hari ini.

Semalam, Ramkarpal dalam satu kenyataan mendakwa Kementerian Dalam Negeri mengambil langkah berdiam diri serta gagal mengarahkan PDRM untuk membuka semula siasatan berhubung kematian Setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ean Yong Hian Wah sekali gus menimbulkan kecurigaan mengenai cubaan menutup kes terbabit.

 

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.