23 °c
Kuala Lumpur
Thursday, January 17, 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS: Cikgu Sallehudinn Perjuangkan Isu Ekonomi, Pendidikan

Calon Bebas, Sallehudinn Ab. Talib, 61, akan memperjuangan isu sosial, ekonomi dan pendidikan sebagai manifestonya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Beliau yang merupakan bekas pensyarah dan mesra dengan panggilan Cikgu Sallehudinn berkata, banyak isu rakyat terutamanya melibatkan sosial dan ekonomi serta pendidikan yang telah diketengahkan oleh penduduk sebelum ini namun ia tidak didengari oleh kerajaan.

Katanya, ini menyebabkan beliau terpanggil untuk menawarkan diri menjadi calon Bebas dalam PRK Cameron Highlands.

“Isu taraf kehidupan yang tidak setimpal dengan pembangunan dan anak-anak yang terpinggir daripada mendapat pendidikan telah lama dihadapi oleh masyarakat di sini terutamanya mereka yang tinggal di kampung tradisi, Orang Asli dan peneroka Felda.

“Namun suara mereka seolah-olah tidak diberi perhatian dan inilah yang akan saya perjuangan jika menang PRK ini,” katanya sidang akhbar sempena pelancaran manifestonya, di sini hari ini.

Menurutnya, beliau kesal kerana masih ramai anak-anak di Parlimen ini tidak mendapat pendidikan yang sewajarnya disebabkan kekangan wang.

“Saya dapati kerajaan sebelum ini gagal menyelesaikan masalah ini menyebabkan rakyat tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya,” katanya.

Sallehudinn berkata, beliau akan menggunakan lambang Buku dan kempen akan dibuat secara agresif melalui media sosial selain turun padang terutamanya di kawasan kampung Orang Asli dan Felda. – UTUSAN ONLINE

 

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.