23 °c
Kuala Lumpur
Thursday, January 17, 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS: Pakatan Harapan Sudah Angkat Bendera Putih ?

22
SHARES
735
VIEWS

oleh wartawan BacalahMalaysia.com

 

Peluang Pakatan Harapan (PH) sukar !

Sengit !

BN letak Orang Asli sebagai calon !

BN guna sentimen tempatan !

Pemerhati politik telah melihat kriteria yang dilontarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail terhadap kerusi Parlimen Cameron Highlands seolah-olah sudah mengangkat bendera putih !

Semakin diakui kesukaran itu dan helah mula dicari seawal yang mungkin andainya calon PH kalah, sudah ada jawapan awal yang digariskan terlebih dahulu.

Apakah tindakan sedemikian boleh mengaburi mata pengundi atau mencari helah menagih simpati undi ?

Dr Wan Azizah turut me­ngakui peluang PH untuk merampas kerusi Parlimen Cameron Highlands adalah sukar memandangkan BN memainkan sentimen isu tempatan.

Sambil menyifatkan PRK Parlimen Ca­meron Highlands sebagai se­ngit, Timbalan Perdana Menteri juga menjelaskan pihak parti lawan meletakkan Orang Asli sebagai calon.

“Kita sentiasa berhadapan ke­sukaran sebelum menjadi ke­rajaan.

“Sekarang ia (PRK) menjadi lebih sukar apabila mereka (BN) menggunakan sentimen tempatan.

“Memang dalam mana-mana pilihan raya, mesti ada persai­ngan sengit, dan ini merupakan sebahagian situasi yang perlu dilalui setiap calon.

Apa kita (PH) tawarkan, sekurang-kurangnya rakyat akan mengundi kita, ia adalah cukup baik,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Malaysia Positif 2019 di sini seperti mana yang dilaporkan dalam UTUSAN ONLINE.

 

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.