23 °c
Kuala Lumpur
Monday, February 18, 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS: Kerjasama UMNO-PAS Lebih Cantik & Tersusun – Ketua Penerangan UMNO

24
SHARES
786
VIEWS

oleh wartawan BacalahMalaysia.com

 

Gerak kerja dan jentera UMNO-PAS semakin menunjukkan keserasian politik strategiknya.

Kenyataan kepimpinan tertinggi pucuk pimpinan UMNO dan PAS sebelum penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands dan semasa berkempen ini sentiasa diumumkan bagi membolehkan ahli parti nampak hala tuju kerjasama itu.

Pemerhati politik juga berpandangan sejak berganding bahu sebagai blok pembangkang yang kuat, telah menimbulkan kegentaran kepada parti Pakatan Harapan (PH).

Lebih baik !

Lebih tersusun !

Itu adalah kesimpulan yang diberikan oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr.Shamsul Anuar Nasarah.

Kata beliau seperti mana yang dilaporkan UTUSAN ONLINE, kerjasama dengan Pas bertambah baik dan lebih tersusun dalam PRK Parlimen Cameron Highlands bagi memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd. Noor.

Dr Shamsul berkata, perkara tersebut turut ditegaskan berdasarkan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu membantu BN.

Malah katanya, pengundi Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu dijangka akan ‘berubah angin’ membantu BN mencapai kemenangan.

“Kerjasama Pas dan BN lebih cantik dan tersusun berbanding PRK sebelum ini.

“Apa yang pasti rakyat menilai kerja dan melihat keikhlasan kita.Mereka akan terjemahkan pada 26 hari bulan nanti,” katanya lagi.

 

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.