23 °c
Kuala Lumpur
Monday, February 18, 2019

Yadim Badan Agama, Bukan Politik – Ezam

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) tidak wajar dipenuhi dengan ahli-ahli politik kerana ia merupakan sebuah badan agama dan bukannya badan politik.

Bagaimanapun, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Datuk Mohamed Ezam Mohd. Nor berkata, kehadiran seorang atau dua orang ahli politik dalam badan itu adalah perlu bagi mendapatkan input selain tindakan dari sudut politik.

“Bukan hampir semua ahlinya terdiri orang politik. Tidak wajar dan perlu koreksi segera,” katanya dalam laman Twitter miliknya semalam.

Mohamed Ezam mengulas pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh, Johor, daripada DAP, Sheikh Omar Ali yang dilantik sebagai ahli lembaga pemegang amanah Yadim.

Pelantikan Sheikh Omar bagi jawatan tersebut untuk tempoh dua tahun dan watikah pelantikan telah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof di Putrajaya, hari ini.

Sheikh Omar merupakan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi, Penerangan dan Ekonomi Kreatif Johor dan mendapat pendidikan peringkat ijazah dalam bidang usuluddin di Universiti Malaya (UM) dengan pengkhususan dalam dakwah.

Sheikh Omar dipercayai yang pertama melibatkan pemimpin DAP ke dalam institusi agama berkaitan Kerajaan Persekutuan. – UTUSAN ONLINE

 

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.