23 °c
Kuala Lumpur
Monday, February 18, 2019

Qatar Juara Asia Kali Pertama

Qatar menunjukkan semangat juang luar biasa biarpun berdepan ribuan penyokong yang ‘menentang’ mereka apabila mengejutkan juara empat kali, Jepun 3-1 untuk menjulang kejohanan bola sepak Piala Asia buat kali pertama, hari ini.

Penyerang sensasi mereka, Almoez Ali turut mencipta rekod meledak sembilan gol dalam Piala Asia, termasuk jaringan akrobatik pada minit ke-12 untuk membolehkan skuad Al-Anabi memahat sejarah baharu.

Di sebalik protes yang dikemukakan Persatuan Bola Sepak UAE terhadap kelayakan Almoez untuk beraksi dalam Piala Asia, penyerang kelahiran Sudan tidak sedikitpun terganggu, sebaliknya cemerlang meledak gol menakjubkan untuk meletakkan pasukannya di depan.

Abdulaziz Hatem kemudian menggandakan kedudukan 2-0 pada minit ke-27, sebelum Akram Afif melengkapkan kejutan besar Qatar di Stadium Bandar SUkan Zayed dengan menyempurnakan sepakan penalti, tujuh minit sebelum tamat permainan.

Bagi Almoez, 22, jaringan tersebut mengatasi rekod kejohanan iaitu lapan gol yang sebelum ini dipegang legenda Iran, Ali Daei pada 1996.

Bergelar juara Asia buat kali pertama juga adalah satu suntikan motivasi buat anak-anak buah Felix Sanchez Bas kerana Qatar bakal menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022. – AGENSI

 

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.