23 °c
Kuala Lumpur
Monday, February 18, 2019

Tuanku Muhriz Rasmi Penutup Majlis Tilawah Dan Menghafaz al-Quran

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud berkenan berangkat ke majlis penutup dan penyampaian hadiah Tilawah dan Menghafaz al-Quran peringkat negeri di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi dekat sini malam ini.

Ketibaan baginda berdua disambut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Dr. Razali Ab. Malik dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Mohd. Zaidi Ramli.

Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran itu telah diadakan sejak Selasa lalu yang disertai seramai 44 peserta mewakili semua daerah di negeri ini.

Tilawah itu merangkumi enam kategori iaitu remaja lelaki, remaja perempuan, dewasa lelaki, dewasa perempuan, veteran lelaki dan veteran perempuan melibatkan 21 orang qari dan 21 orang qariah.

Pada majlis malam ini, peserta dari daerah Seremban, Mohamad Husaini Mahmur muncul qari kategori lelaki dewasa manakala Nor Farhatul Fairuzah Panut, juga wakil daerah yang sama, meraih gelaran qariah kategori perempuan dewasa.

Kedua-dua mereka menerima hadiah wang tunai RM5,000 dan hadiah iringan.

Seremban juga diumumkan sebagai pemenang utama kerana meraih markah tertinggi keseluruhan iaitu 473.99 mata. – UTUSAN ONLINE

 

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.