23 °c
Kuala Lumpur
Monday, February 18, 2019

PRK SEMENYIH: Rohani, Azman Dalam Senarai Pendek BN

Ketua Wanita UMNO Bahagian Hulu Langat, Rohani Kasim dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Hulu Langat, Azman Ahmad dikatakan antara yang disenarai pendek sebagai calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Menurut sumber, nama mereka berserta empat yang lain telah diserahkan oleh UMNO Selangor kepada UMNO Pusat untuk dipertimbangkan sebagai calon mewakili BN dalam PRK yang bakal berlangsung pada 2 Mac nanti.

“Turut berada dalam senarai itu ialah usahawan terkenal di daerah ini iaitu Datuk Mohd. Said Mat Saman selain seorang dari kepemimpinan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Langat,” katanya.

“Terdapat satu lagi nama dicalonkan yang merupakan anak tempatan namun dia hanya ahli UMNO biasa dan tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti,” kata sumber tersebut kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Azman merupakan calon BN bagi Parlimen Hulu Langat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu namun tewas kepada calon PKR, Hasanuddin Mohd. Yunos dalam saingan tiga penjuru.

Baru-baru ini, Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abd. Aziz memberitahu, enam nama menjadi pilihan UMNO bahagian itu untuk menjadi calon BN bagi PRK Seme­nyih sedang dalam proses tapisan BN Pusat.

Menurutnya, selepas proses tapisan selesai, nama yang terpilih akan diumumkan pada 13 atau 14 Februari ini.

PRK Semenyih diadakan apabila wakil rakyatnya, Bakhtiar Mohd. Nor, 57, me­ninggal dunia akibat serangan jantung pada 11 Januari lalu. — UTUSAN ONLINE

 

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.