23 °c
Kuala Lumpur
Monday, February 18, 2019

PRK SEMENYIH: Najib “Pencuri” Hati Rakyat ! Diserbu Di Tesco Semenyih

oleh wartawan BacalahMalaysia.com

 

Pencuri ?

Ohhhh, bukan begitu !

“Saya pencuri hati rakyat,” kata Datuk Seri Najib Razak, mantan Perdana Menteri di Semenyih.

Itu reaksi ringkas Pak Najib sebagai mengulas dakwaan  Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengatakan beliau seorang pencuri.

Tinjauan mendapati kesesakan luar biasa berlaku di Tesco Semenyih apabila orang ramai mendapat tahu “Bossku” hadir di pasar raya besar berkenaan.

“Saya tiba-tiba rasa dahaga….jadi singgahlah di sini (Tesco Semenyih) untuk beli air dan beberapa barangan keperluan dapur.

“Tak sangka pula sambutan yang begitu luar biasa sebaik saya tiba di sini.

“Rakyat sebenarnya nak dekat dengan saya.

“Sebagai pemimpin, mudah-mudahan ia diterjemahkan dalam bentuk sokongan,” kata Najib lagi.

Kehadiran beliau kira-kira jam 8.30 malam itu disambut oleh ratusan pengunjung yang turut hadir ke pusat beli-belah berkenaan.

Rakyat tidak melepaskan peluang dengan bersalaman, bertanya khabar dan paling penting ialah berselfie dengan pemimpin kesayangan mereka yang masih tetap mempunyai aura yang kuat.

 

Next Post

Discussion about this post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.